Sunday, February 27, 2011
Friday, February 25, 2011
kayuhan maut
Wednesday, February 23, 2011
sesat di ladang kelapa sawit..
huhu..

Monday, February 21, 2011
French -_-
my omma's bike ngan aku..
dya tanya lagi..
Sunday, February 20, 2011
naek titi gantung..
TAMAN NEGARA PULAU PINANG
Tuesday, February 15, 2011
Selamat Menyambut Maulidur Rasul..
Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
jadikan hari ini sebagai permulaan anda dalam menjadikan nabi kita Nabi Muhammad S.A.W sebagai ikon hidup kita.. ikut lah sunnah baginda.. sesungguhnya baginda manusia yang terpuji.. dari sunnah yang paling senang iaitu penggunaan tangan kanan..(perbuatan yang tak leh guna tangan kanan tuh jangan guna plak.. e.g basuh _______).. hinggalah mentadbir negara.. skunk neh politik nampak cam kotor.. ni semua sebab pemerintah yang tidak mengikut undang-undang islam.. eh2.. masuk politik lak.. yang kata islam perlu diasingkan dari politik.. itu kenyataan yang sangat salah.. So.. cari lah ilmu.. jangan kata kita dah cukup ilmu.. orang yang berilmu akan kate dyer tak cukup ilmu.. orang yang tak cukup ilmu akan kata dyer dah cukup ilmu.. tuh la bende yang kita kene ubah.. okey ah.. wasalam..